Thursday, July 22, 2010

Dorang B.O.D.O.H. Aku pon sama B.O.D.O.H. jugak!

Miakakaka, ekau ingat senang2 aku declare aku B.O.D.O.H.?
bodo betul la dia ni.

Korang taw ke apa tu BODOH2 ni?

Blogging Over Dashboard On Hobby

Tada..

Humang ai! bodo giler acronym ni. Kan? "Alah, ko taw apa." Bukan senang nak jadi BODOH yang betul2 tahap five star neh. Kena ada bakat tahu boleh go on. Tak caya cuba usha berapa ramai yang cuba jadi BODOH tapi fail. Aku cabar ko, cepat.

Korang baca ni nanti korang jadi bodoh, tahu.
Takder moral betul entry ni.

Aku tahu, lepas ko baca ni, mesti ada yang mencarut kat aku. Ah, pegi mam la ko, B*****


Lagi satu, tolong jangan kagum. ok?

Askar2 Cun Dunia

Jika bercerita tentang tentera atau askar, pasti semua orang memikirkan yang ganas-ganas dan badan berketul-ketul, hangit sahaja. Tetapi berbeza dengan post kali ini, berikut adalah gambar tentera wanita yang hot, cantik,cute,seksi dari seluruh dunia.

tentera dari Belgium

tentera dari Belgium

dari Brazil

dari Brazil

Canada

Canada

dari China

dari China

Colombia

Colombia

Czech Republic

Czech Republic

Finland

Finland

Greece

Greece

Indonesia

Indonesia

Italy

Italy

Jepun

Jepun

Serbia

Serbia

Mexico

Mexico

Norway

Norway

Peru

Peru

Poland

Poland

Portugal

Portugal

Romania

Romania

Rusia

Rusia

Serbia

Serbia

Switzerland

Switzerland

Taiwan

Taiwan

Vietnam

Vietnam

Apsal la ramai sangat yang sibuk nak tengok gambar askar Malaysia? Untuk tidak menghampakan korang dipersembahkan..

nurul syuhada nurul ain

nurul syuhada nurul ain

Ha..Yang ni lak awek Dr Faiz. Dr Faiz mana? Alah, yang boleh jadi Mejar pergigian free2 tu...Second angkasawan la beb. Dorang dikhabarkan akan diijap-kaboom-kan pada tahun ni. Tak sure lah pulak aku bila tarikhnya. Ntah2 dah nikah tak? Dia ni sebenarnya bukan askar pong. Pengacara TV sebenarnya..Nak tahu pasal dia neh Google je la nama dia. Banyak kot pasal dia neh.

Wednesday, July 21, 2010

Khas Buat Yang Bernama Abah


Aku ada mak dan bapak.
Dorang jauh kat kampung.

Tapi aku jugak ada bapak yang lain
Bapak yang ni special sket.
Dia lulusan oversea kot.
Dia kerja tingkat paling atas. Semua orang dalam bangunan tunduk oleh jawatan dia.
Hari ni bukan hari bapa sedunia pun nak ucapkan Selamat Hari Bapa.
Cuma nak coretkan betapa kasihnya seorang anak terhadap bapa.

Dia ada ramai anak.
Robot, Keyboard, Litar dan CNC. Semua anak dia.
Tapi time kitorang kumpul bapak selalu takder.
Kata orang2 nya, “Papa busy, outstation”
Tapi takkan lah tetiap minggu berkursus siang malam kan.
Sampai takleh ingat anak2 dia yang lain.

Bilik operasi dia tinggi sangat
Cantik. Harmoni.
Ada air-cond
Ada TV besar
Ada orang kerja untuk dia. Ramai.
Dari rumah nak pergi pejabat pun dekat.
Jalan kaki pun sampai. Save minyak keta.

Dia hensem, tapi tidak ada orang kenal
Comel, Tapi tiada orang puja
Bertolak ansur tapi tiada orang pandang
Berpendidikan tinggi, tapi tiada yang hormat.


Dia rupanya lagi berminat untuk jadi orang yang paling berkuasa kat rumah ni.
Dia dah tak pentingkan prestasi kitorang
Yang dia tahu cukup masa akan ada kilang cari kami.
Langsung tak pedulikan kita makan cukup,
Tidur selesa ke tak.
Sihat tubuh badan ke tak.
Yang dia tahu sampai masa kira statistic.
Masuk paper. Print besar2 tampal merata-rata.
Tayang sana tayang sini. Nak bagitau, inilah rumah kita.

Kami pun tak pasti dia tahu ke tak.
Yang rumah kita ni dalam wiki pon tak wujud.
Betapa kerdilnya rumah kecil ini.
Betapa malunya kami tinggal dipinggir kota ini.

Ye la, dia kan ketua keluarga
Tapi janganlah sampai macam ni.
Kalau nak beristeri lagi cakaplah
Lepas ni senang
Boleh duduk rumah je
Takyah buat kerja apa langsung
Yela kan dh tua.

Hajat dihati ingin ucapkan
Ulangtahun jadi bapak kat rumah ni
Tahniah dan syabas
Dari anak2 yang terpinggir ni

Anniversary sambut dengan kawan2
Meriah sana sini.
Tapi haram dengan anak2
Apa pun tak bagitau.

Kami anak2 apa boleh buat
Diam je la..

Dah la
Karang tak pasal2
Benda ni jadi isu kena baca depan orang ramai
Aku yang malu
Kami anak2
Sekadar mengharapkan yang terbaik je dari dia..

Selamat ulang tahun
Buat Abah Jehan.

p/s: Ini kisah bapak angkat aku, malu nak cakap kat korang sapa. hal family la katakan. Abah Jehan mana? ada la...macam r Jehan tu satu je kat malaya nih. Tak bermaksud pun nak tuju kat sapa2 pasal bapak aku neh? Takper, dia xbaca pun blog. Dia busy. Sibuk sana sini outstaion.

Monday, July 19, 2010

PLC : Introduction.

Sepanjang 2 kali aku masuk kelas PLC aku tak paham apa2 pun sebenarnya.

Serius!.

Bukan salah pengajar ke hape tapi otak memang takley nak terima. Salah aku jugak.
Tu lah, orang time pkl 3,4 pagi pegi tido ko dok main benda lain. Pastu kata tak cukp tdo. pastu mulalah nampak bantal time lab.

Kelas yang 1st belajar cara2 nak pasang litar. Basic punya. Tapi tak brapa paham.

2nd kelas lak belajar nak integrate circuit kepada PLC.

Apa yang aku ingat, latching. Apa benda pun aku tak paham.
bingai!

Nak senang cerita, aku carilah maklumat pasal PLC ni..Jumpa, banyak lak 2..

Meh aku citer apa yang aku paham...


PLC. Apa bendo tu?

Programming Logic Control. PLC ni ialah 1 device elektronik yang berfungsi secara digital dan dia memory dalaman untuk laksanakan program seperti array, logik, aritmethik dan pembilang dengan cara mengawal menggunakan modul/keluaran digital atau analog untuk berbagai jenis mesin atau proses.

PLC yang aku guna ni jenis Omron (nama pun semacam jer) dan menggunakan com port dari PC dan ke PLC menggunakan RS232-male n female.

Kelebihan PLC ni.
  1. Boleh mengubahsuai sistem kawalan secara costum untuk lebih mudah kerana tidak perlu mengubah sistem pendawaian, cuma perlu mengubah aturcara.
  2. Keboleharapan PLC adalah tinggi kerana ia menggunakan komponen elektronik yang tidak melibatkan pergerakan fizikal
  3. Penyelenggaraan PLC adalah mudah dan murah kerana ia menggunakan komponen elektronik dan ia mempunyai aturcara diagnostik sendiri. Ini akan mengurangkan masa mati.
  4. PLC boleh berantaramuka dengan PLC lain dan sistem komputer untuk memproses penukaran maklumat.
  5. Saiz PLC yang kecil menyebabkan ia hanya memerlukan ruang yang kecil dan sesuai diletakkan di mana-mana sahaja.
  6. PLC tahan lasak terhadap hingar elektrik, kelembapan yang tinggi dan persekitaran yang tidak selesa.

Holla!


Salam sejahtera semua,

Ini adalah blog buat Mohamad Firdaus buat kacau! Blog ini akan menjadi tempat untuk luahkan kembali isi perut ajaran pengajar2 JMTi.

Aku dah pun tahun akhir dah.


Sebenarnya dah lama nak buat ni semua (blogging apa yang belajar lah). Selepas dapat inspirisi dari senior di rumah lama.

Ni adalah antara subject2 yang take pada semester 5 diploma kejuruteraan teknologi komputer JMTI;

  1. PLC Application- subject jabatan lain yang kena belajar.
  2. Network System Engineering
  3. Software Engineering - UML Programming
  4. Jepun II
  5. Statistical
  6. Management (lagi)
Tu jelah yang sempat ingat. Kalau ada lagi. Nanti aku tambah. Ok?

Holla.