Monday, July 19, 2010

PLC : Introduction.

Sepanjang 2 kali aku masuk kelas PLC aku tak paham apa2 pun sebenarnya.

Serius!.

Bukan salah pengajar ke hape tapi otak memang takley nak terima. Salah aku jugak.
Tu lah, orang time pkl 3,4 pagi pegi tido ko dok main benda lain. Pastu kata tak cukp tdo. pastu mulalah nampak bantal time lab.

Kelas yang 1st belajar cara2 nak pasang litar. Basic punya. Tapi tak brapa paham.

2nd kelas lak belajar nak integrate circuit kepada PLC.

Apa yang aku ingat, latching. Apa benda pun aku tak paham.
bingai!

Nak senang cerita, aku carilah maklumat pasal PLC ni..Jumpa, banyak lak 2..

Meh aku citer apa yang aku paham...


PLC. Apa bendo tu?

Programming Logic Control. PLC ni ialah 1 device elektronik yang berfungsi secara digital dan dia memory dalaman untuk laksanakan program seperti array, logik, aritmethik dan pembilang dengan cara mengawal menggunakan modul/keluaran digital atau analog untuk berbagai jenis mesin atau proses.

PLC yang aku guna ni jenis Omron (nama pun semacam jer) dan menggunakan com port dari PC dan ke PLC menggunakan RS232-male n female.

Kelebihan PLC ni.
  1. Boleh mengubahsuai sistem kawalan secara costum untuk lebih mudah kerana tidak perlu mengubah sistem pendawaian, cuma perlu mengubah aturcara.
  2. Keboleharapan PLC adalah tinggi kerana ia menggunakan komponen elektronik yang tidak melibatkan pergerakan fizikal
  3. Penyelenggaraan PLC adalah mudah dan murah kerana ia menggunakan komponen elektronik dan ia mempunyai aturcara diagnostik sendiri. Ini akan mengurangkan masa mati.
  4. PLC boleh berantaramuka dengan PLC lain dan sistem komputer untuk memproses penukaran maklumat.
  5. Saiz PLC yang kecil menyebabkan ia hanya memerlukan ruang yang kecil dan sesuai diletakkan di mana-mana sahaja.
  6. PLC tahan lasak terhadap hingar elektrik, kelembapan yang tinggi dan persekitaran yang tidak selesa.

1 comment:

  1. salam... PLC adalah programming mudah aras rendah. yang tidak memerlukan processor yang dasyat seperti beberapa core atau lain2.

    ReplyDelete